Friday, December 31, 2010

30hb Disember, 2010
 
PER : AKHBAR HARIAN KOSMO BERTARIKH 27/12/2010
RENCANA : KICAP PEKAT BERPERISA CICAK

Kepada Para Pembaca Akhbar Harian Kosmo,
  Kami merujuk kepada laporan akhbar anda bertarikh 27/12/2010 terhadap rencana 'pengguna kicap jumpa cicak dalam botol kicap'.

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
 
  Lanjutan dari berita yang dicetak oleh akhbar anda, untuk makluman anda kami pernah membuat satu kajian mengenai perkara diatas dan melantik sebuah makmal yang diiktiraf oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) Jabatan Standard Malaysia iaitu Depco United Sdn Bhd, SAMM No. Rujukan 099 untuk mengendalikan proses ujikaji ke atas 21 ekor cicak yang direndam dalam kicap.

  Sehubungan dengan itu juga, kami ingin mengemukakan hasil laporan dari kajian berserta gambarajah fizikal cicak sewaktu proses ujikaji dijalankan sebelum ini di makmal Depco United Sdn Bhd. Sila rujuk 5 gambarajah dari eksperimen 1 dibawah:-

Gambarajah 1 :                                                                 
-Eksperimen hari 1,cicak dimasukkan kedalam botol ujikaji                           

Gambarajah 2 :


- Eksperimen hari 1, menunjukkan gambar cicak kelihatan terapung di bahagian atas bottle


Gambarajah 3 :                                                                 

-Eksperimen 1, keadaan fizikal selepas 9 hari dalam rendaman kicap menampakkan rangka cicak. (Specimen 1)

 Gambarajah 4 :
  - Eksperimen 1, keadaan fizikal selepas 14 hari dalam rendaman kicap menampakkan kedutan, lembek dan sifatnya tidak sempurna
   


Gambarajah 5 :
 -Eksperimen 1 – Keadaan fizikal cicak selepas 25 hari amat ketara tidak sempurna dan kulit yang mudah tertanggal. (Specimen 1)

  Hasil keputusan dari ujikaji tersebut menunjukkan yang perubahan fizikal amat ketara iaitu cicak telah reput/mengerikot selepas direndam di dalam kicap selama 25 hari. (Sila rujuk Lampiran 1& 2 - Laporan dari Depco United Sdn Bhd)

Lampiran 1:


 Lampiran 2:

   Akan tetapi, contoh cicak yang telah dipamerkan melalui Akhbar Harian Kosmo dan Kosmo Online tidak menunjukkan sebarang perubahan fizikal walaupun pelanggan tersebut mendakwa cicak itu telah berada dalam rendaman kicap untuk sekurang-kurangnya selama 60 hari (30+30 hari) – Tempoh selepas pengilangan, pengedaran sehingga ditempatkan di kedai runcit adalah lebih kurang 30 hari dan campur tempoh dalam simpanan pengguna adalah 30 hari seperti yang dilaporkan dalam keratan Akhbar Harian Kosmo.

  Ruang pembukaan penudung botol ialah 2.2cm lebar, maka ruang cukup besar untuk cicak masuk melaluinya dan terus ke dalam botol. Sila rujuk kepada dua (2) gambarajah dibawah bagi melihat keadaan sebenar penudung botol sebelum dan selepas "Security Seal" dibuka berserta saiz mulut penudung.

Gambarajah 6:                                                              
 - Sebelum & Selepas "Security Seal" Dibuka                

Gambarajah 7:

- Keluasan yang dapat menampung 4 pena.

  Merujuk kepada ukuran panjang cicak yang dipamerkan di dalam Akhbar Harian Kosmo dan Kosmo Online kelihatan lebih besar dari 2cm seperti yang dilaporkan. Malah gambar cicak tersebut, saiznya dari kepala ke hujung ekor hampir-hampir menutupi separuh dari tapak tangan manusia (selebar 3 jari). Seandainya benar, saiz cicak adalah lebih besar dan ini berkemungkinan cicak itu boleh dikesan dengan mata kasar.

  Segala yang tertera di atas adalah berdasarkan dari data hasil ujikaji yang di jalankan dan fakta-fakta yang sahih belaka. Sekiranya terdapat keraguan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila behubung dengan pihak Syarikat tanpa was-was. Sebagai syarikat yang mempunyai sijil Halal, HACCP dan ISO9001:2008 yang diiktiraf, Syarikat kami mengalu-alukan pengunjung/pelawat untuk melawat kilang kami.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
MASLINA ZAINAL ABIDIN
Eksekutif Pemasaran
Kong Guan Sauce & Food Mfg Co Sdn Bhd
Tel : 604-3908095
Fax: 604-3908098
Email : konguan@po.jaring.my
Web : www.kongguan.com

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas penjelasan. telah di buat dalam entri terbaru berkenaan isu tersebut. Boleh klik Penjelasan

    ReplyDelete
  3. thanks atas penjelasan
    nampaknya pengguna kena tahu risiko.akibat kecuaian sendiri

    ReplyDelete
  4. oo maksudnyer kecuaian sendiri la erk..sah2 botol x bertutup..

    tq bg info

    ReplyDelete
  5. saya dah sharekan maklumat ni kat blog saya.moga ramai yg tahu kebenarannya.

    http://carca-marba.blogspot.com/2011/01/misteri-bangkai-cicak-dalam-kicap-pekat.html

    ReplyDelete